firman Allah SWT dalam surah Al-anbiya, ayat 94 yang bermaksud:
"dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang dia beriman, maka tidaklah disia- siakan amal usahanya dan sesungguhnya kami menulisnya".
Allah adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Adil. Oleh kerana itu, setiap amal kita pasti dicatat. Kita tidak perlu bimbang kegiatan kita tidak dicatat. Perbuatan dan perkataan kita apapun bentuknya pasti diketahui oleh Allah SWT. Kita membuang duri ditengah jalan, kita mencuri dan menipu bahkan hanya merancang untuk melakukan apapun itu dicatat oleh Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Sebenarnya ayat ini adalah penjelasan buat setiap umat islam yang sentiasa mengira amal yang dilakukannya dan bimbang tidak dicatat. Pesanan ayat ini adalah bagaimana kita perlu berbuat amal baik sebanyak-banyaknya tidak terkira, sentiasa beramal baik lagi dan lagi.......
No comments:
Post a Comment