Saturday, 24 March 2012

7 golongan yang mendapat naungan Allah SWT


Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah shallahu alaihi wassalam bersabda, "Tujuh macam manusia yang akan mendapat naungan Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya. Mereka adalah:
  • ·         pertama, seorang pemimpin yang adil,
  • ·         kedua, seorang pemuda yang tumbuh berkembang dalam ibadah kepada Allah,
  • ·         ketiga, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah, dan berpisah kerana  Allah,
  • ·         keempat, seseorang berzikir kepada Allah dalam bersendirian dan kemudian bercucuran air matanya,
  • ·         kelima, seseorang yang hatinya tertambat pada masjid-masjid ,
  • ·         keenam, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya (sedekahnya) itu hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannnya,
  • ·         ketujuh, seseorang yang ketika dipanggil oleh seseorang wanita yang bermaruah dan cantik jelita, dia menjawab, "Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam".

No comments:

Post a Comment