Thursday, 24 May 2012

Hikmah di sebalik perlaksanaan hukum Hudud dari sudut sains

Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukum dengan hukuman hudud antaranya ialah hukuman bagi mereka yang melakukan penzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu :
1. Sebat 100 rotan untuk pesalah yang BELUM BERKAHWIN.
2. Rejam sampai mati untuk pesalah yang SUDAH BERKAHWIN.
Maksudnya:“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”
Juga telah diriwatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn. Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan orang yang keluar daripada agamanya juga yang berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”
Adakah sahabat-sahabat sekalian terfikir mengapa terdapat perbezaan di dalam hukuman yang dijalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh kategori manusia yang berbeza?

Sepintas lalu ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika sabit kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran kepada mereka yang telah melakukannya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi pesalah jenis ini adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan oleh dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskannya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah yang sudah berkahwin kerana pesalah jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

Di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel ”Cell-Mediated Immune System”. Apabila virus Aids menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS ”Acquired Immunologic Deficiency Syndrome”. Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang pesalah itu sudah dihinggapi HIV selepas penzinaannya T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan sel-sel sum-sum tulangnya mati tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel darah putih itu bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat :
Ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.
Cara yang terbaik adalah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang tubuh badan manusiadengan sebatan yang merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi dua kali ganda jumlahnya daripada jumlah Virus Aids dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada Virus Aids sehingga ia dapat memusnahkan virus Aids dan terselamat daripada virus Aids.

Jika pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus Aids sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih bagi menghasilkan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus Aids dan rejam sehingga mati merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberi pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Thursday, 29 March 2012

Harga segelas susu......

seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya.  Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis jualannya.  Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

"Kakak, boleh berikan saya segelas air?".  Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu. 
"Tunggu sebentar ya."

Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya.  Budak itu terus minum tanpa berlengah.

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk saku poketnya.
"Tak perlu bayar."
"Tetapi saya hanya meminta air kosong.  Emak saya ajar, jangan ambil apa - apa daripada orang lain tanpa bayaran."
"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan 'Alhamdulillah' dan terima kasih."
"Okey, alhamdulillah.  Terima kasih kakak!"

Budak tersebut segera beredar kembali menjaja kerepeknya.  Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.  Bukan semata - mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius.  Dia dirawat di hospital di bandar tersebut dengan kelolaan doktor pakar.  Rupa - rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dahulu.  Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh.  Malah bil hospital pun ditanggungnya.  Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital.  Di atas bil itu tertulis: "Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu.  Alhamdulillah dan terima kasih - Dr Muhammad."


P/s : walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita.  Hakikatnya bantuan Allah SWT sering ada dimana - mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang - kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

Saturday, 24 March 2012

BERSEDIAKAH AKU....

Kematian merupakan sesuatu yang pasti..

"Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian.."

"..Dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang akan dilakukannya esok(sama ada baik atau jahat).dan tiada siapa pun mengetahui di bumi negeri manakah dia akan menemui ajal.Sesunggunya Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuanNya."
-Surah Luqman ayat 34

Kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku esok..
dan kita tidak mengetahui apakah kita masih berada di dunia ini esok..
atau bila ita sedar dari tidur kita sudah berada di dunia lain..
Tidak mustahil jika itu berlaku kepada kita..
Bersediakah kita jika itu berlaku??

Percaya atau tidak..
kadang-kadang kita merasakan kita dah cukup bersedia untuk menghadapi saat kematian..
kita merasakan..
Iman kita dah cukup kuat untuk melawan godaan syaitan ketika sakaratul maut..
Amal soleh kita dah cukup bertimbun untuk ditimbang di atas mizan nanti..
Niat kita dah cukup ikhlas untuk dinilai nanti
dan Akhlak kita dah cukup mulia untuk dipersembahkan di depan Allah nanti...

Lupakah kita bagaimana Rasulullah ketika berhadapan dengan sakaratul maut..
lupakah kita bagaimana Jibril yang tidak pernah memalingkan mukanya dari Rasulullah
terpaksa memalingkan mukanya ketika Rasulullah di ambang sakaratul maut..
Jibril tidak sanggup melihat kesakitan Rasulullah ketika itu..
Ya Rasulullah sakit ketika menghadapi sakaratul maut..
kekasih Allah sakit ketika berhadapan dengan sakaratul maut..
hingga baginda berdoa jika begitu sakitnya sakaratul maut baginda meminta kesakitan ummatnya dipindahkan kepadanya..

Jika semulia Kekasih Allah yang maksum pun merasa kesakitan berhadapan dengan sakaratul maut hinggakan Jibril tidak sanggup melihatnya..
macam mana dengan kita yang hina ini..???
siapakah kita di sisi Allah???
Kekasih Allah??
Golongan yang dicintai Allah dan Allah mencintai mereka??
Para syuhada'??

atau...

kita hanya seorang hamba yang sarat dengan dosa tetapi merasakan diri tidak berdosa..
dan sombong untuk bertaubat..
macam mana keadaan kita sekiranya Izrail datang menjemput kita sekarang??
adakah kita akan selamat...
Astaghfirullah...!!!

Setiap amal kita dicatat...

firman Allah SWT dalam surah Al-anbiya, ayat 94 yang bermaksud: 

"dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang dia beriman, maka tidaklah disia- siakan amal usahanya dan sesungguhnya kami menulisnya".

Allah adalah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Adil.  Oleh kerana itu, setiap amal kita pasti dicatat.  Kita tidak perlu bimbang kegiatan kita tidak dicatat.  Perbuatan dan perkataan kita apapun bentuknya pasti diketahui oleh Allah SWT.  Kita membuang duri ditengah jalan, kita mencuri dan menipu bahkan hanya merancang untuk melakukan apapun itu dicatat oleh Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
         Sebenarnya ayat ini adalah penjelasan buat setiap umat islam yang sentiasa mengira amal yang dilakukannya dan bimbang tidak dicatat.  Pesanan ayat ini adalah bagaimana kita perlu berbuat amal baik sebanyak-banyaknya tidak terkira, sentiasa beramal baik lagi dan lagi.......

Mari kita berbicara mengenai HUDUD.....

apakah yang anda tahu mengenai HUDUD???.............

.      Pengertian Hudud;
 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
       Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;

      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang.

SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG BERIMAN, ANDA WAJIB MENERIMA HUKUM YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT INI.......jika tidak?

firman Allah SWT dalam surah Al maaidah ayat 44 yang bermaksud:
“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” 

 
 

7 golongan yang mendapat naungan Allah SWT


Abu Hurairah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah shallahu alaihi wassalam bersabda, "Tujuh macam manusia yang akan mendapat naungan Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya. Mereka adalah:
  • ·         pertama, seorang pemimpin yang adil,
  • ·         kedua, seorang pemuda yang tumbuh berkembang dalam ibadah kepada Allah,
  • ·         ketiga, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah, dan berpisah kerana  Allah,
  • ·         keempat, seseorang berzikir kepada Allah dalam bersendirian dan kemudian bercucuran air matanya,
  • ·         kelima, seseorang yang hatinya tertambat pada masjid-masjid ,
  • ·         keenam, seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya (sedekahnya) itu hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannnya,
  • ·         ketujuh, seseorang yang ketika dipanggil oleh seseorang wanita yang bermaruah dan cantik jelita, dia menjawab, "Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam".

Friday, 23 March 2012

MENCARI REDHANYA

asalamualaikum....

nak jdy muslimah sjati x?...jom kta sma2 kongsi rahsia....
ketahuilah saudaraku....mudah-mudahan Allah s.w.t menerangi hati kita dengan petunjuk.
Sesungguhnya pahala yang besar dan kebaikan yang luas yang Allah s.w.t janjikan kepada hambanya boleh dicapai oleh orang yang melakukan  dengan penuh keimanan dan pengharapan.aminnn.......

ibnu Qayyim r.h mengatakan:

" setiap amalan itu pasti mempunyai permulaan dasn tujuan akhir.Suatu amalan tidak akan menjadi ketaatan atas keimanan. Maka keimanan adalah pembangkitnya,bukan adat ( kebinasaan),bukan hawa nafsu,bukan pula kerana mencari pujian dan sebagainya..Akan tetapi permulaan haruslah berasal dari iman dan tujuan akhir adalah pahala Allah s.w.t,serta mengharapkan keredhaa-Ny, dan itulah al-ihtisab(mengharapkan pahala)